Followers

Pengunjung Blog

Powered by Blogger.

Music 3

Rindu Di Sini Rindu Juga Di Sana

Minggu ini syukur Alahamdulillah. Aku tidur bertemankan anak-anak dan isteri. Walaupun cuma 4 hari berada di Puchong, terlalu amat sekejap masa berlalu. Tidak seperti biasa, anak-anak menunjukkan kemesraan yang agak berlainan berbanding dengan dulu-dulu ketika aku belum memindahkan operasi bisnes ke Kuala Terengganu. Terutama anak-anak perempuan, samada kakak mahupun adik (bongsu!). Masing-masing berpakat untuk tidur bersama-sama.

Susah sungguh untuk aku melelapkan mata. Ariana, anak perempuan bongsu baru berumur 5 tahun, namun cukup petah dewasa ini dengan tutur katanya yang makin tersusun. Sudah mula menunjukkan kematangan dalam bercakap. Nampak jelas petahnya. Dah banyak perubahan terutama soal pelajaran. Aku rasa lega kerana sepanjang peninggalan aku selama hampir 6 bulan hidup berjauhan dengan anak dan isteri, isteri pandai menjaga amanah dalam membesarkan anak-anak.

Di kala ini, di samping mendendangkan lagu-lagu nasyid yang syahdu, anak-anak turut merasa kesedihan kerana semuanya seudah mengetahui yang abahnya akan berpergian lagi berpisah buat sementara waktu pulang ke kampung. Aku dapat mendalami perasaan ketiga-tiga anak aku yang akan merasa kehilangan aku buat sementara waktu. Lagu-lagu nasyid yang syahdu ini cukup menyedihkan. Terutama anak bongsu aku. Selalu mengulangi perkataan yang kesemua lagu-lagu itu sedih. Baru berumur 5 tahun, akan tetapi cukup mengerti akan setiap patah perkataan.

Diulangi ungkapan tersebut dan setiap kali diungkapkan, airmatanya turut bergenang. Aku juga turut sama menumpang sedih. Sungguh tak ku sangka. DIa tak mahu tidur, seolah-olah. Bermati-matian dia tidak mahu aku menghangtarnya kesekolah esoknya. Dia mahu ibunya juga menghantarnya ke sekolah. Setiap kali dia bercakap dia mendakap bantal lalu menangis. Sesungguhnya aku juga  tak mampu melihat telatahnya. Berkali-kali dia mengulangi kata-kata agar aku menelefonnya setelah aku tiba ke Kuala Terengganu. Dia cukup mengerti.

Esok aku akan ke saorangan lagi. Tidak juga ke saorangan. Aku bertemankan anak bujang sulung aku di Kuala Terengganu. Tapi, anak sulung aku memang agak berbeza dengan adik-adiknya. Bukan tidak mesra, tatapi, dia seorang lelaki dan sudah menempuh alam remaja/dewasa. Ruang kasih sayang untuk dibelai tidak sama dengan anak-anak yang lain.

Tentunya aku akan merindui anak-anak yang memerlukan kasih sayang.

Hari ini berteman, hari esok aku bersaorangan.

Walaupun demikian aku bersyukur, aku masih lagi dianugerahkan kudrat untuk melaku sedikit usaha untuk menjalankan bisnes di Kuala Terengganu, kampung tanah kelahiran ku. Aku seakan sudah nampak ada sinar di hujung sana yang akan menyinari kehidupan seluruh keluarga aku. Perniagaan yang dulunya aku sekadar mencuba-cuba, kini ianya kian menampakkan kemajuan untuk terus bertapak dengan baiknya.

Syukur juga, di dalam kesempitan ekonomi dan kegawatan ekonomi, aku mampu untuk terus kekal di sana.

Waktu sudah menunjukkan waktu hampir 12 Malam. Masa untuk tidur.

Semoga anak-anak dan isteri beroleh kesihatan dan kemakmuran dalam menjalankan tugas seharian. Sama-sama kita doakan agar kita semua diberi keberkatan dan memohon agar Allah sentiasa melengkapkan kita dengan iman dan sabar.

Semoga bertemu lagi di lain warkah.

Salam rindu untuk semua; anak-anak & isteri.

0 comments:

Post a Comment