Followers

Pengunjung Blog

Powered by Blogger.

Music 3

Salam berkunjungan kepada semua. Dalam diam tak diam, ada juga yang datang menjenguh blog yang memang khusus aku nukilkan untuk seseorang yang cukup bermakna dalam hidup aku. Tak mengapa, aku suka untuk kongsikan bersama-sama dan aku mengharapkan ianya adalah kisah benar yang mampu menjadikan sempadan dan tauladan di samping memberi sedikit renungan kalaupun tidak menjadi hiburan. Mungkin juga sesuai untuk melempiaskan rasa geram, resah dan gelisah. Sebagai penglipur-lara, sebagai rencah untuk ketawa. Boleh....untuk apa sahaja.

Sudah sekian lama aku tidak berkunjungan menjenguk orang tua itu di Pasit Tumbuh. Semenjak perjumpaan kali terakhir 4 minggu yang lalu, aku hanya mampu mengutuskan beberapa sms. Pada awalannya, kesemua sms aku disambut dan dibalas seadanya. Kali terakhir itu juga aku berkunjungan bersama anak bujang aku yang sedikit mempunyai masalah berkaitan pembelajaran. Aku membawa anak aku berjumpa atuknya sekadar untuk menedengar nasihat.

Alhamdulillah, anak aku banyak menampakkan perubahan hasil dari pertemuan tersebut. Aku hanya bermalam satu malam sahaja. Selebihnya aku menghabiskan waktu di Kuala Terengganu untuk melakukan pelbagai aktiviti berkaitan dengan "setup" pejabat baru yang tak seberapa ini. Dalam suasana yang agak sibuk itu, aku sering juga mengutuskan sms. Bertanyakan khabar. Namum sms aku tidak berjawab. Aku akur, orang tua itu memang begitu. Aku tak kisah pada awalnya. AKu memikirkan memang dia mahu bensedirian, ada masalah biasanya. Jadi aku lekakan seketika untuk beberapa hari walhal aku ada sesuatu untuk bertanyakan padanya. Lantas pada satu ketika, aku membuat panggilan "call" terus kepada handfonnya. Pada waktu itu adalah waktu kuliah magrib biasanya. Dia menjawab panggilan hanya sekadar menekan "ON button" dan membiarkannya.

Tekaan aku jelas betul. Dia sedang berkuliah. Lalu aku mengutuskan sms mengatakan maaf aku kerana sedikit mengganggunya sekejap tadi. Dan alan mesej yang sama juga aku memberithau yang aku akan call dia untuk bertanyakan sesuatu yang agak penting. Namun, sms aku tidak dijawabnya. Aku tidak buat tidak faham sahaja. AKu terus menghantar sms menyatakan bahawa aku dan anak aku akan ke Kelantan untuk menghadirkan diri sebagai salah seorang perserta untuk Pertanding Ayam Serama di Bachok Kelantan pada 12hb April yang lepas. Kehadiran aku adalah sebagai promoter untuk MINI SIZE INKUBATOR. Aku dijemput sendiri oleh salah seorang AJK pertandingan tersebut. Niat aku ialah ingin mendapat keizinan untuk bermalam hanya untuk 1 malam setelah selesai program tersebut.

Namun sms yang merupakan permintaan itu, dijawab agak lambat. 2 hari selepas itu dia menjawab. Adalah menjadi kebiasaan aku menminta kebenarannya untuk bermalam pada dulu-dulu pun. Tak berani aku nak main terjah sahaja. Namun, sms yang aku terima agak mengecewakan. Daddy bijak. Dia menolak permintaan aku untuk bermalam di rumahnya dengan alasan yang cukaup baik. Padanya ialah sesuatu yang masuk akal. Dia menafikan permintaan aku dengan mengatakan bahawa dia tidak lagi boleh menerima kedatangan aku dan anak aku kerana tuan rumah hanya menyewakan 1 bilik sahaja kepadanya manakala yang selebihnya tuan rumah menjadikannya sebagai "guest House". Aku yakin, memang itu adalah rumah guest house pada asalnya. AKu tak kisah semuanya itu. Aku msih boleh menerima. Tetapi, cara dia menjawab itu adalah cara yang paling diplomatik dalam menyahkankan permintaan. Kalau pun betul rumah itu untuk "guest", tidakkah aku juga sebagai "guset" dan aku pada bila-bila masa boleh membayarnya.

Namun penafiannya itu sedikit mengecewakan aku. AKu tidak tahu kenapa daddy bersikap sedemikian. Aku tak kisah lagi walaupun tidak dapat bermalam di rumahnya, namun jawapan seperti itu sedikit mengguris perasaan aku. Aku sebenarnya berhajat untuk berjumpa dengan beliau dan ingin bersembang-sembang setelah dijangkakan kepenatan berkerja di waktu siangnya. Aku boleh tinggal  di hotel2 murah di sekitar Kubang Kerian. Tetapi penafiannya seolah-olah menolak terus untuk aku berhubungan dengannya. Masih juga aku berdegil.

Tanpa aku sedari anak aku mengutuskan sms kepada atuknya supaya mendoakan agar dia lulus dalam ujian komputer untuk mendapatkan lesen memandu. Dijawab seadanya. Bagus pula jawapannya pada cucunya. Dan aku juga tidak menyangka yang anak aku juga menceritakan perihal lawatan ke Bachok yang bakal di lakukan pada waktu itu. Juga mesej yang sama diberikan. Cumanya nadanya agak lembut.

Tak mengapa daddy. Aku menghormati penolakan hajat untuk tidak membenarkan aku melawat daddy. Malah sempat juga dia mengatakan bahawa tedapt banyak guest house di sekitar Bachok. Aku terima saranannya.

Namun aku telah membuat keputusan untuk membatalkan ahajt aku untuk membuat promosi pada tarikh yang telah ditetapkan. Aku menelefon AJK pertendingan yang telah memberi persetujuan untuk memuatkan aku satu lot. Aku menyatakan ayang aku tidak berkesempatan utnk mempamirkan barangan aku. Alhamdulillah, AJK tersebut menerima penolakan/pembatalan kehadiran aku.

Seperti biasa, walaupun hati ini agak kecewa dengan peristiwa itu, aku sekali lagi menghantar sms kepadanya perihal yang lain pula. Seperti biasa juga aku bertanyakan khabar selalu kepadanya. Namun langsung sms aku tidak dibalasnya. Bukan satu berpuluh. Aku tidak lagi bisa mengerti apakah yang sebenarnya terjadi sedemikian. Tidak konsisten sungguh perasaan orang tua ini. Puas aku memikirkan apakah kesalahan aku yang membuatkannya begitu membenci aku! Adakah kerana keluarga aku yang miskin lagi dhoif?

Dia juga yang tidak putus-putus mengatakan dia telah menganggap keluarga aku adalah menjadi keluarganya. Dia juga sering mengatakan selalu merindui keluarga aku dan menyangi keluarga aku seadanya.

Apakah segalanya teleh berubah? Apakah yang telah menyebabkan ianya berubah? Aku telah berkorban apa yang patut dalam saat-saat aku yang sedang bergelombang dengan jerih ekonomi. Aku betul-betul tidak faham dan keliru. Apa lagi yang harus aku buktikan. Aku tidak kisah sangat kalau lah aku sahaja yang berperasan sedemikian.

Anak-anak aku selalu bertanyakan akan atuk. Pantang sahaja nampak kereta yang sama dengan warna kereta atuknya, cepat-cepat mereka menyapanya. Tak habis dari itu, sering anak aku bertanya akan bila lah lagi kami akan berkunjungan ke Pasir Tumbuh.

Kadang-kadang persolan seperti ini cukup merimskan aku kerana aku tiada jawapan. Aku buntu. Di dalam aku bermuhasabah diri mengenangkan peristiwa yang berlaku, rentetan, aku dapat menjangkakan dan aku dapat mencium bau akan sebab-sebab dan musababnya. Namun aku tidak akan menceritakannya sehinggalah aku betul-betul menjumpai jawapannya. Setelah aku benar-benar yakin.

Apapun, aku tidak sedikitpun rasa hilang hormat aku pada daddy. Apapun aku tetap menganggapnya sebagai bapa angkat aku yang tiada tolok bandingnya. Dia boleh melakukan apa saja. Namun perasaan ini tidak akan pudar. Peralakuan ini akan diteruskan.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada aku. Semoga Allah memperkenankan perhubungan aku dengan daddy. Semoga Allah memanjang dan mengeratkan lagi ukhuwwah kami sekeluarga dan Semoga Allah memberkikan keberkatan dalam menjalinkan perhubungan antara kami.

Untuk akhirnya, aku mendoakan agar daddy diberikan kesihatan yang baik dan dapat melakukan ibadah dengan sempurna.

AMiiiiinnnnnnnnnnn.